Lokasi Kejadian

No 25, Jalan Relung Tiga 19/44C, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

(berhampiran dengan hotel de Palma Inn, Stesyen Komuter Shah Alam)

Saturday, June 23, 2012

~~Meja Penjara Berat Bapak rare~~


Ha, nie ada sebijik meja baru di baik pulih. Nak kata antik sgt, xtau laa pulak...tp surface dia mmg kayu balak seketol.

meja penjara....tak tau nape tp aku nak gak panggil mcm tu...haha



surface dia = 3 jari...bayangkan papan besar segitu......

Harga buka, RM800. Harga boleh nego.

SOLD!

~~Memburu Harta Karun Pasar Pagi~~

Kutip reta karun terbuang
Semalam dan hari nie kami bergerak keluar mencari stok lagi...pantang lalu longgok sampah, mata mesti melilau punye laa. Hari nie letih gle kut...cadangnye nak angkut meja kayu berat nak mampos, tp melarat2 sampai mana2 tah. Tp korg pecaya x kat pekan lama, kalau ada pasa pagi, mesti ade harta karun...haaa, tu laa korg x tau....

Ha, caye dah?













Ha, Buruk perangai kan,.....tah hape barang pong hangkut!

Tuesday, June 19, 2012

~~Bidai handmade Ukiran Al-Quran~~




Harga RM2500, boleh runding...Serious buyer only. Meterial: kayu jati asal...datang dan lihat, bandingkan dengan produk-produk jati yang ada sekarang....anda akan dapat bezakan sendiri...text me for more info..tq

~~Pasu Naga Antik~~

susah mau dapat nie wooo

saya sendiri dah try gunakan sebagai tempat takungan air...isqh, sejuk gile!!
\
Lain-lain pasu, tembikar juga ada disini



Pelbagai barangan ada di lokasi...text me for more info...tq

~~Koleksi Pinggan Mangkuk Lama~~

stock baru sampai

koleksi pinggan mangkuk nie di kumpul dari pelbagai lokasi



setelah disusun






Harga boleh runding...text me for more info....koleksi pinggan dumex juga ada...

Thursday, June 14, 2012

~~Gazebo Kayu Hanyut~~

Tempahan untuk gazebo menggunakan kayu hanyut, kayu lama terpakai atau kayu baru juga kami sediakan...

Beza antara kayu hanyut, kayu lama terpakai dgn kayu baru adalah seperti berikut:

Kayu Hanyut: Pada kebiasaannya, kayu jenis ini adalah yang paling tahan kerana selalunya kayu yang hanyut ini datang dari kapal2 pecah, rumah2 hanyut, sangkar ikan dan sebagainya dimana binaan2 ini perlu menggunakan kayu2 mahal yang tahan air dan matahari. Hakisan dari air akan melemahkan binaan kayu manakala pancaran matahari akan membuatkan kayu reput.

Kayu Lama Terpakai: Kayu jenis ini juga merupakan pilihan untuk membina pondok2 atau gazebo kerana kayu jenis ini adalah kayu 'masak'(ditebang hanya pada umur melebihi ratusan tahun) dan ianya tahan cahaya matahari.

Kayu Baru: Kayu jenis ini adalah murah, dah sesuai untuk mereka yang mempunyai modal kecil kerana kayu ini ditebang pada umur melebihi 10 tahun dan lebih. Bagaimanapun, kayu jenis ini adalah kurang ketahananya berbanding 2 jenis kayu di atas.

80% siap

kami memilih hanya kayu berkualiti sebagai bahan binaan

pandangan tepi kiri

setiap kayu perlu diperhalusi sebelum dipakai untuk apa juga  kegunaan


Pandangan bucu kiri
Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Agak murah jugak laa sebenarnya berbanding yang ditawarkan di pasaran. Cthnya, 8kaki X 8kaki, lebih kurang 5k...berbaloi2 untuk di miliki memandangkan kerja yang banyak seperti corak pagar, jenis tanggam, kerja2 memperhaluskan permukaan kayu dan sbgainya....walaubagaimanapun, harga bergantung kepada permintaan barang spt corak dinding, tangga, jenis kayu, atap dan jenis binaan rabung.



Wednesday, June 13, 2012

~~Almari Display Antik 2 Pintu~~

Almari antik 3 layer papan solid....almari nie berpintukan 2 cermin binkai kayu....harga buka, RM600



Sila hubungi saya di nombor 019-396 6606

atau datang terus di alamat:

25, Jln Relung Tiga 19/44C, Seksyen 19, 40300 Shah Alam.(berhadapan dengan padang sekolah menengah seksyen 19, hotel depalma inn dan shell seksyen 19)

~~Almari Antik~~

Ada sebijik almari antik utk dijual. Setelah siap di restore kan, keadaan almari jadi mcm nie....

kayu2 solid, berlaci....

Harga RM 900...boleh runding...sekian.....

~~New Stock Arrived!!!~~




Almari buku serba guna....boleh digunapakai sebagai almari baju, showcase dsb....

tinggi almari kira2 5 kaki lebih

kaki almari sendiri dah menunjukkan ianya antik
papan sebagai lantai dalaman


Harga buka, RM900

Tuesday, June 12, 2012

~~Ruang Hiasan dan Halaman Idaman~~

Pernahkah anda bermimpi untuk menghabiskan sisa-sisa hidup anda bersantai secara aman, tenang dan romantik dan bersahaja sambil minum-minum petang di halaman rumah sambil menunggu kepulangan anak-anak pada satu hari nanti? Ruang halaman yang bagaimana?

Mempunyai ruang halaman serta reka bentuk dan susunatur rumah yangunik dan cantik dapat membantu kita untuk berada dalam keadaan selesa dan tenang menghadapi arus kehidupan. Bergantung kepada cita rasa dan kemampuan, anda mampu memiliki rumah idaman beserta dengan halaman rumah yang mempersonakan.

Namun begitu, isu yang kerap timbul berhubung dengan perkara ini adalah soal kewangan. Seringkali kita terfikir bahawa untuk mendapatkan sebuah kawasan yang tenang dan aman damai pada dunia moden kini sangat memerlukan kos yang agak kasar. Benarkah hal ini sedemikian?

Halaman yang tenang dan mempersonakan kerapkali memerlukan belanja yang besar.



Tidak benar. Untum mendapatkan ruangan yang cantik dan selesa untuk bersantai sebenarnya adalah mengikut keinginan dan kemampuan. Sebenarnya, lebih ringkas senibina dan susun atur halaman, lebih teratur dan kemas berbanding dengan kawasan yang mempunyai susun atur yang padat. Ringkas bermakna jimat. Itulah konsep yang kami tekankan. Setiap individu berhak memiliki ruangan yang indah sebegini.



Bergantung kepada kepakaran tukang anda dan jenis bahan yang digunakan, anda boleh menentukan kesesuaian rekabentuk hiasan dalaman rumah dan taman yang sesuai dengan kemampuan. Begitu juga dengan kehadiran perabot-perabut dan barang hiasan rumah.




Halaman rumah yang dihiasi dengan gazebo pagola bersais sederhana dapat membantu anda menonjolkan seni yang tinggi di tengah-tengah kota metropolitan yang sesak dengan arus kehidupan. Ia juga mampu mententeramkan jiwa di tengah2 kesibukan dan keriuhan warga kota mencari rezeki.
Hiasan taman jua dapat menganugerahkan ketenangan jiwa.

Barang-barang lama seperti gazebo dari kayu terpakai, aksesori taman seperti tempayan dan tembikar lama, serta kombinasi ruang kolam bersais sederhana sangat sesuai untuk kita bersantai di rumah sendiri. Ia akan membuatkan anda rasa berat untuk meninggalkan rumah pada hari cuti dan kelapangan. Ada juga kajian yang menunjuakkan perkara-perkara sebegini dapat membantu pertumbuhan emosi dan kestabilan keharmonian di kalangan angota keluarga.


Monday, June 11, 2012

Hai halo hola...ngee....hari nie aku nak perkenalkan korg dengan sebuah blog baru khas utk business perabut n barang2 antique aku nie....so, ade pape sila laa tanya k.....enjoy.....




almari showcase nie mmg antik.....untuk mereka yang suka mengumpul koleksi2 peribadi seperti duit syiling lama, stem lama, koleksi duit kertas lama, mmg cun laa utk kegunaan pameran.



Yang nie pulak almari lama dijangkakan sekitar tahun 70an....mmg cun utk di letakkan berhadapan pintu masuk rumah. Dalam tu letak laa gamba2 lama.........





Partition nie harga jual lebih kurang 2.8k....ukiran al-quran hasil tangan.


Peti nie pulak kami kutip kat ipoh. Kegunaan asal di jangka peti television lama yang mempunyai laci simpan barang diatas. Barang nie, selepas di baik pulih, sesuai ada untuk restoren2 yang ada perkhidmatan karaoke. Letak screen anda dlm ruang simpanan yang bawah, set karaoke, mic dan sebagainya kat ruang laci atas. Barang dari era 60an, dari British.








                                                                                                                                                    



almari display jugak. Letak koleksi piala, medal2 dan sebagainya...